Google Adsense dalah program yang menyediakan peluang kepada publisher untuk menjana pendapatan secara online melalui komisyen yang dibayar oleh pihak Google terhadap iklan advertiser yang di klik oleh pengunjung blog mereka.
Untuk memahaminya dengan lebih lanjut, anda harus mengetahu bahawa Google menjana pendapatan berbilion US Dolar setahun. Untuk makluman anda, Google Inc. menjana pendapatan mereka melalui sumber pengiklanan di laman web mereka, ianya di panggil Google Adwords yang berdasarkan kepada PPC (Pay Per Click) program.
Menerusi Google Adwords, pada Advertiser berpeluang mengiklankan produk atau servis mereka secara terus kepada potential customer berdasarkan kepada keyword yang digunakan oleh pengunjung dalam mencari maklumat di internet.
Berjuta-juta pengunjung internet menggunakan enjin pencari Google untuk mendapatkan maklumat dan produk yang mereka kehendaki di internet. Mereka akan menggunakan keyword sebagai asas pencarian mereka.
Seseorang yang ingin membuat duit di internet akan menggunakan key word “make money” atau “make money online” untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Seseorang yang ingin berkahwin akan menggunakan keyword “wedding ” atau “wedding gift” ataupun “Wedding Gown” sebagai keyword mereka untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Maka para advertisers akan membida keyword tersebut berdasarkan kepada produk mereka untuk mensasarkan pengunjung yang menggunakan keyword tersebut di enjin pencari.
Advertisers akan membida keyword tersebut antara satu sama lain untuk mendapatkan kedudukan yang teratas di enjin pencari. Kedudukan iklan yang teratas menjana lebih banyak trafik ke laman web mereka. Sebagai contoh disini pengunjung mencari maklumat berkenaan “furniture” , maka Google akan memberikan anda senarai laman web seperti berikut ;
Sila perhatikan dengan teliti gambar di atas, di sebelah kiri dipanggil “Organic Listing” ianya adalah listing percuma.
Di sebelah kanan pula yang mempunyai “sponsored link” di panggil Google Adwords , ianya adalah listing berbayar yang digunakan oleh para advertiser untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka dengan mensasarkan kepada pengunjung yang mencari maklumat berkenaan furniture dalam contoh di atas.
Lebih atas kedudukan iklan lebih tinggi bayaran yang mereka harus bayar kepada Google apabila pengunjung mengklik iklan mereka.
Google hanya mengenakan bayaran kepada advertiser apabila pengunjung mengklik iklan mereka sebab itu ianya di panggil PPC (Pay Per Click). Sekiranya pengunjung mengklik ke bahagian “organic listing”, para advertiser tidaka akn dikenakan bayaran oleh Google dan Google tidak akan menjana keuntungan di situ.
Di sini pastinya Google mahu memaksimakan keuntungan mereka melalui kaedah pengiklanan ini dengan memaksimakan jumlah klik pada iklan para advertiser kerana disinilah mereka sebenarnya mendapat keuntungan iaitu melalui konsep PPC.
Klik yang banyak pada iklan advertiser ini pula akan memaksimakan keuntungan kepada advertiser kerana mereka akan mendapat pelanggan yang benar-benar mahukan produk dan perkhidmatan mereka.
Sekiranya advertiser membida sesuatu keyword dengan harga $20 per klik dan mendapat pelanggan yang mahukan produk mereka dengan harga $50 maka advertiser mendapat keuntungan $30. Ianya adalah konsep menang-menang antara Google dengan advertiser.
Setakat ini saya telah menerangkan dengan jelas bagaimana Google menjana keuntungan melalui kaedah pengiklanan dengan konsep PPC. Jadi sekarang ini di mana pula kedudukan kita sebagai publisher dan bagaimana pula kita menjana pendapatan melalui kaedah pengiklanan ini. Di sini Google memperkenalkan Google Adsense Program.
Untuk memaksimakan keuntungan mereka, maka Google menyediakan program yang dipanggil sebagai Google Adsense Program untuk melakukan syndication terhadap iklan-iklan advertiser ini ke laman-laman web dan blog publisher (anda) yang menyertai program Google Adsense.
Jadi, sekiranya pengunjung tidak melakukan klik di Google Adwords di bahagian Sponsored Link (sebelah kiri laman web Google) tetapi melakukan klik di laman web atau blog yang berada di organic listing dan pemilik blog atau laman web tersebut menyertai Google Adsense Program, ianya masih ada potensi yang tinggi di mana iklan advertiser itu akan di klik di blog atau laman web tersebut.
Contohnya adalah seperti berikut ;
Bayangkan sekiranya laman web di atas adalah kepunyaan anda, dan pengunjung yang datang ke laman web atau blog anda melakukan klik terhadap iklan Google Adsense yang muncul di laman web anda maka Google akan mengenakan bayaran kepada advertiser tersebut dan berkongsi keuntungan tersebut kepada anda.
Disinilah bagaimana anda berupaya menjana pendapatan melalui Google Adsense. Lebih ramai pengunjung datang ke blog anda, lebih tinggi klik berlaku pada iklan di blog anda maka lebih banyak keuntungan yang dapat anda dihasilkan.
Program Speed Adsense merupakan satu program yang dihasilkan oleh Pakar Adsense terkenal tanah air iaitu Syed Ikwan. Melalui Speed Adsense, kita tidak perlu menjalankan penyelidikan keyword untuk mendapatkan nilai yang terbaik dan bersaing dengan marketer lain. Semua tugas itu akan dilakukan oleh Syed Ikwan dan team beliau. Anda hanya perlu mengeluarkan sedikit bayaran untuk mendapat keuntungan begitu besar. Klik disini untuk maklumat lanjut.
Selamat menjana pendapatan dari internet!
ps ; artikel di atas merupakan hak cipta saudara Nawar dari ebook 6 modul Adsense Percuma!
1 comments:
Betul ker ni... mcm nak cuba jer... tak pakai modal kan? boleh bagi contact no tak?
Post a Comment