Atilla The Hun (Ic. Atle, Atli; Ge. Etzel; c. 406–453) merupakan raja Huns terakhir dan paling berkuasa di Eropah. Dia memerintah empayar terbesar di Eropah ketika itu, bermula dari tahun 434 sehingga kematiannya. Empayarnya mengunjur dari Eropah Tengah ke Laut Hitam dan dari sungai Danube ke Laut Baltik. Semasa pemerintahannya dia merupakan musuh ketat bagi Empayar Rom Timur dan Barat: dia menceroboh Balkan sebanyak dua kali dan bertindak dengan mengepung Constantinople dalam pencerobohan kedua. Dia memasuki Perancis sejauh Orleans sebelum diundurkan dalam Pertempuran Chalons; dan dia mengusir maharaja barat Valentinian III daripada ibu negerinya di Ravenna pada tahun 452.
Walaupun empayarnya berkubur dengan kematiannya, dan dia tidak meninggalkan apa-apa warisan, dia kekal sebagai lagenda dalam sejarah Eropah. Di kebanyakan Eropah Barat, dia diingati sebagai lambang (epitome) kerakusan dan kekejaman. Sesetengah sejarawan menonjolkannya sebagai raja agung yang bangsawan.
Huns Europah kemungkinannya merupakan perkembangan Xiongnu (Xiōngnú), (匈奴) n. ke arah barat, sekumpulan proto-Mongolia atau proto-Turki kaum nomad dari timur laut China dan Asia Tengah. Mereka mencapai kelebihan ketenteraan menumpaskan musuh mereka (kebanyakannya bertamadun dan mempunyai kebudayaan tinggi) melalui kesediaan untuk bertempur, kemampuan untuk bergerak dengan kepantasan yang mengkagumkan, dan senjata seperti busar Hun.
Menjelang 432, Huns bersatu di bawah Rua. Pada tahun 434, Rua meninggal dunia, meninggalkan anak saudaranya Attila dan Bleda, anak kepada saudara lelakinya Mundzuk, mengawal persekutuan suku-kaum Hun. Pada ketika penabalan mereka, kaum Huns sedang berunding dengan wakil Theodosius II mengenai pemulangan beberapa kaum yang berpaling tadah yang mencari perlindungan di Empayar Byzantine.
Pada tahun berikutnya, Attila dan Bleda bertemu dengan wakil maharja di Margus (masa kini Požarevac) dan, kesemua mereka duduk dibelakang kuda menurut adat kaum Hun, berunding perjanjian yang berjaya: orang Rom bersetuju untuk memulangkan kaum pelarian (yang merupakan bantuan diperlukan bagi menentang Vandals), tetapi juga mengandakan hantaran 350 paun Rom (sekitar. 114.5 kg) emas dahulu, membuka pasar mereka kepada pedagang Hun, dan membayar tebusan lapan siling solidus bagi setiap orang tahanan Rom yang ada pada puak Huns. Puak Huns, berpuas hati dengan perjanjian tersebut, beredar dari empayar dan bergerak ketengah benua, kemungkinannya untuk mengukuh dan memperkuat empayar mereka. Theodosius menggunakan peluang ini bagi mengukuhkan dinding Constantinople, membina dinding laut bandar Constantinople yang pertama, dan membina pertahanan sempadan sepanjang Danube.
Berpuas hati buat seketika, raja-raja Hun berundur ke pedalaman empayar mereka. Menurut Jordanes (menurut Priscus), tidak lama semasa keamanan selepas pengunduran Huns daripada Byzantium (kemungkinannya sekitar 445), Bleda meninggal dunia, dan Atilla menduduki takhta seorang diri. Terdapat perdebatan dikalangan pakar sejarah mengenai sama ada Attila membunuh saudaranya, atau sama ada Bleda meninggal disebabkan sebab lain. Dalam sebarang kes, Attila sekarang merupakan ketua yang tidak dipertikaikan bagi puah Huns, dan sekali lagi memberi perhatiannya kepada bahagian timur empayarnya.
Bagi menambahkan lagi feeling dan pemahaman tentang perjuangan Attila serta menyelami zamannya sila tonton 'Filem Attila The Huns'
0 comments:
Post a Comment