SEJARAH PERKEMBANGAN MANUSIA; MENURUT AL-QUR'AN DAN ALKITAB

No. Tarikh Beza Tahun Tokoh/ Peristiwa Huraian
Zaman Pra Sejarah
1 10,000SM Nabi Adam as diturunkan ke dunia di Sri Lanka dan Hawa di Jeddah, Semenanjung Tanah Arab
2 9,500SM 500 Nabi Idris as dilahirkan
3 9,000SM 500 Nabi Nuh as Banjir besar dan kapalnya mendarat di Bukit Judi di Turki
4 8,500SM 500 Kaum Tsamud Nabi Saleh as dihancurkan oleh Allah SWT dengan petir dan suara yang kuat kerana membunuh unta mukjizat. Tempat merka ialah di Madaen Salleh 800 km ke utara Madinah. Kemahiran kaum nabi Saleh ialah membina rumah dengan menebuk bukit-bukit
5 8,000SM 500 Nabi Hud as Kaum Aad dihancurkan oleh Allah SWT
6 8,000SM - Kaum Nabi Lut as diterbalikkan di bandar Sodom iaitu di Laut Mati, Palestin kerana kesalahan melakukan homoseksual
7 7,000SM 1000 Perkembangan tamaddun Sg Nil tua
Tamaddun Nil/Mesir/Firaun
8 3,100SM 4100 Kerajaan di utara dan selatan Sg Nil Raja Menes menjadikan Memphis sebagai ibu kota. Raja-raja ini telah mewujudkan lebih 30 Dinasti yang dibahagikan kepada Kerajaan tua, Pertengahan dan Baru. Pemerintah ujud dalam bentuk Kerajaan
9 3,000SM 100 Tamadun Sumeria dan Mesopotamia Berkembang dan kota-kota yang utama ialah Ur, Urech dan Kish. Pemerintah wujud dalam bentuk negara kota. Orang Sumeria adalah kaum yang pertama menggunakan roda
10 3,000SM - Tamddun Mohenjo Daro-Harappa berkembang di Sungai Indus - Penduduknya lari apabila diserang oleh orang-orang Aryan
11 2,700SM 300 Mesir Pembinaan piramid dan Sphinx di Giza
12 2,600SM 100 Mesir Pembinaan Piramid Khufu
13 2,350SM 250 Raja Sargon membina kota Akkad di Mesopatamia (Iraq)
14 2,300SM 50 Ascendancy of Ebla (Tell Mardikh) Pembinaan kota Ebla di Mesopotamia
15 2,270-2,233SM 30 Raja Naram Pemerintahan dari Sumeria
16 2,200SM 70 Firaun Kejatuhan Kerajaan tua Firaun di Mesir
17 2,000SM 200 Kemuncak tamadun Dilmun
18 1,991-1,792SM 9 Firaun Dinasti ke 12 Kerajaan pertengahan Firaun
19 1,800SM 191 Tamadun Sg Hwang Ho Berkembang dan bandar pertama di Negeri China iaitu Bandar Anyang
Tamaddun Mesopotamia/Babilon
20 1,780SM 20 Nabi Ibrahim as menghantar isterinya Sarah dan Nabi Ismail ke Mekah dari Mesir. Bermulanya kewujudan telaga Zam-zam
21 1,779SM 1 Nabi Ishak as dilahirkan
22 1,728-1,686SM 51 Raja Hamurabi membina Babilon di Iraq. Hamurabi berasal dari sekumpulan kaum nomad berbangsa Amorites. Beliau adalah raja ke enam dari dinasti Amorites. Beliau terkenal dengan kod undang-undang Hamurabi yang menekankan hak asasi manusia. Setelah Hamurabi meninggal Babylon telah diserang oleh Kerajaan Assyria
23 1,700SM 28 Nabi Ibrahim as dibakar oleh Raja Namrud dan kemudian mengetuai hijrah ke Palestin dari kota Ur di Iraq
Tamaddun Mesopotamia/Babilon
24 1,600SM 100 Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as membina Kaabah dan menyeru manusia mengunjunginya di atas Jabal Qubais Makkah
25 1,600SM - Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as Peristiwa melontar iblis di Jamrah Mina serta penyembelihan Nabi Ismail as di Mina.
26 1,600SM - Nabi Yaakob as dilahirkan bapa kepada Bani Israel - Yahudi. Nabi Yaakob digelar Israel (yang berjalan di waktu malam) kerana terpaksa melarikan diri dari rumah di waktu malam kerana diancam bunuh oleh saudaranya
27 1,570-1545SM 30 Raja Ahmose (Mesir) Dinasti ke 18 Mesir tua membangun kota Thebes di Lembah Nil
28 1,550SM 20 Nabi Yusof as dimasukkan ke perigi buta oleh abang-abangnya
29 1,545-1,525SM 5 Raja Amenhotep (Mesir) memindahkan kota Akhetaton (Tell al-Amarna)
30 1,530SM 15 Nabi Yusof as dipenjarakan kerana enggan berzina dengan Isteri Menteri Mesir yang bernama Zulaikha
31 1,530SM - Raja Hittites memecat Babylon dan berakhirnya Dinasti pertama Amorite
32 1,520SM 10 Nabi Yusof as dibebaskan dan menjadi Menteri Kewangan Mesir
33 1,520-1240SM - Nabi Yusof as Nabi Yusof dan adik beradiknya seramai 12 orang tinggal di Mesir menjadi kaum Yahudi. Mereka menjadi hamba kepada Raja Mesir
34 1,502-1,448SM 18 Kerajaan Mesir menakluki Nubia Utara dan pantai utara Mediteranea di bawah Raja Thutmose
35 1,500SM 2 Orang Aryan menakluki India
36 1,400SM 100 Nabi Yunus as Peristiwa ditelan ikan NUUN
37 1,361-1,352SM 39 Firaun Pemerintahan Raja Tutankhamun Firaun Mesir
38 1,300-1,200SM 61 Tamadun Sabak muncul di Yaman
39 1,280SM 20 Perjanjian - Siria Utara milik Raja Hittite dan Siria Selatan (Palestin) milik Mesir
Era Yahudi
40 1,260SM 20 Nabi Musa as Lahir di Mesir dalam waktu pemerintahan Ramses II. Wajah Ramses Ke II ini diabadikan pada patung penjaga Kuil Abu Simbel di Mesir
41 1,240SM 20 Nabi Musa as lari ke Madyan, Selatan Palestin kerana membunuh seorang Kibti tanpa sengaja dan berjumpa dengan Nabi Shuib as
42 1,236SM 4 Nabi Musa as menerima mukjizat di Gunung Tursina Sinai
43 1,236SM - Nabi Musa as Peristiwa Nabi Musa berjumpa Firaun meminta dibebaskan kaum Yahudi
44 1,236SM - Qarun Peristiwa ditenggelamkan di Wadi Fayyuum, Mesir
45 1,234-1,215SM 2 Orang Yahudi dibawah pimpinan Nabi Musa dan Nabi Harun as menyeberangi Laut Merah dari Mesir (Bandar Memphis) ke Semenanjung Sinai
46 1,234-1,215SM - Orang Yahudi Peristiwa turunnya Manna dan Salwa sebagai makanan orang yahudi diGurun Sinai.
47 1,234-1,215SM - Orang Yahudi Peristiwa sesat di padang Tih, Semenanjung Sianai selama 40 tahun.
Era Yahudi
48 1,234-1,215SM - Nabi Musa as Menerima Kitab Taurat di Gunung Tursina bersama-sama ketua-ketua kaum Yahudi yang meminta dia juga melihat Allah lalu disambar sura guntur dan mereka mati kemudian dihidupkan kembali oleh Allah
49 1,234-1,215SM - Orang Yahudi Peristiwa menyembah anak Lembu
50 1,234-1,215SM - Nabi Musa as Peristiwa mengembara bersama Nabi Hidir
51 1,234-1,215SM - Nabi Musa as Peristiwa menghidupkan orang yang mati dengan memukul dengan daging Lembu Betina (Al Baqarah)
52 1,200SM 34 Damaskus/Damshik ditakluki oleh Raja Aramaeans
53 1,100-888SM 100 Negeri-negeri Sidon muncul
54 1,020SM 80 Thalut Perlantikan Raja Saul/Thalut sebagai Raja Yahudi yang pertama dan penubuhan Kerajaan Yahudi yang pertama
55 1,020SM - Thalut Peristiwa Thalut membawa tentera Yahudi menyeberangi sungai dan melarang merekan minum melainkan sedikit
56 1,000SM 20 Tamadun MAYA bangkit di Guatemala Amerika Selatan
57 1,000SM - Nabi Daud as Dilahirkan dan menjadi menantu menantu Thalut dan mengambil kuasa dari mertuanya sebagai hadiah kerana erjaya mengalahkan Jalut yang lebih besar darinya
58 945SM 55 Raja Shishak dari Libya mengalahkan Firaun Mesir
59 936-923SM Nabi Sulaiman as memerintah Palestin dan Permaisuri Balkis di Yaman
60 936-923SM Harut dan Marut Peristiwa manusia menuntut ilmu sihir dengan Harut dan Marut di Babilon
61 900-842SM Damaskus/ Siria Kebangkitan Negara
62 884-859SM Raja Ashur-nasir-pal Kebangkitan dan permulaan kejayaan penaklukan Assyria
63 875SM Israel menjadi vassal Damaskus
64 814SM Kerajaan Carthage dibina oleh bangsa Phoenicia
65 806-732SM Kerajaan Aramaean damaskus Zaman Kejatuhan
66 776SM Sukan Olimpik Bermula di Greek untuk menghormati Dewa Zeus
67 733SM Raja Tiglath-Pileser dari Assiria mengalahkan Israel
68 732SM Raja Tiglath-Pileser dari Assiria mengalahkan Kerajaan Aramaean dan Damaskus
69 727-722SM Raja Shalmanese V dari Assiria menakluki Tyre
70 722-705SM Dinasti Sargon Ascendency of Assyria
71 705-681SM Raja Sennacherib menghancurkan Babylon
72 671SM Raja Tirhaka dari Ethiopia dikalahkan raja Esarhadon dari Assyria
73 600-593SM Orang-orang Phoenicia di bawah Firaun Nechocircum belayar ke Afrika
74 605-562SM Raja Nebuchadnezzar II pembangunan semula Babylon dan pembinaan Taman Tergantung
75 586SM Raja Nebuchadnezzar iaitu Raja Kaum Chaldea dari Babylon menghancurkan Jerusalem Ibu negara Israel. Kali pertama orang yahudi dihalau dari Israel
76 572SM Nebuchadnezzar menakluki Tyre di Palestin
77 550-529SM Raja Cyrus membentuk Dinasti Achaenenid di Parsi/Iran
78 539SM Parsi di bawah Raja Belshazzar menghancurkan Babylon
79 539-332SM Parsi Menakluki Phoenicia (Palestin)
80 529-521SM Parsi menakluki Mesir
Era Yahudi
81 521-485SM Raja Darius I membina kota Persepolis di Parsi
82 500SM Pemerintahan Pricles Kemunculan Faham pemerintahan Demokrasi Di Greek (Athens) di bawah
83 509SM Republik Rom Pembentukan Kerajaan
84 490SM Raja darius kalah dalam Peperangan Marathon dengan Athen (Greece)
85 480SM Orang-orang Spartan mengalahkan Parsi di Peperangan Thermopylae
86 480SM Raja Xerxes dari Parsi dihalau oleh orang Greek di peperangan laut di Salamis
87 446SM Raja Artaxerxes membuat perjanjian damai dengan Greek
88 330SM Iskandar Zulkarnaen dari Greek membakar bandar Persepolis. Iskandar berasal dari Makadunia . Bapanya Philip ke II. Selepas menakluki Greek beliau meluaskan kuasa ke Turki, Parsi dan Lembah Indus.
89 323SM Iskandar Zulkarnaen menakluki Babilon dan mati disitu
90 312-280SM Raja Seleucus I mengasakan Kerajaan Syria
91 300SM Kota Petra di Siria menjadi Ibu Negara Kerajaan Nabatean
92 226SM Orang-orang Parthian dikalahkan oleh bangsa Sassanid
93 218SM Raja Hannibal dari bangsa Phoenicia menyeberangi Gunung Alps
94 202SM Raja Hannibal dikalahkan oleh Rom
95 133SM Kerajaan Attilid Muncul dengan meluas di Asia
96 169SM Raja Antioch IV dari Syria mengalahkan Ptolemy IV di Mesir
97 85SM Raja Nabataean menakluki Coele-Syria dari Seleucids
98 69-83 Raja Tigranes dari Armenia mengalahkan Makadunia
99 64SM Rom menakluki Siria
100 60SM Nabi Zakaria as dilahirkan di Jerusalem
101 51-30SM Cleopatra Pemerintahan di Mesir
102 48SM Julius Caesar dari Rom mengalahkan kota Pompey
103 44SM Julius Caesar dibunuh oleh Sahabatnya
104 30SM Rom menakluki Mesir
105 37-4SM Raja Herod Pemerintah yang Agung Raja Israel
106 7SM Maryam as Peristiwa turunnya makanan dari sisi Allah kepadanya
107 7SM Nabi Zakaria as Peristiwa akan mendapat tanda akan mendapat anak pada usia tua iaitu Nabi Yahya as. Beliau tidak dapat bercakap selama 3 hari.
Masehi/Era Rom Dan Parsi
108 6SM Nabi Isa as dilahirkan di Jerusalem
109 3SM Nabi Yahya as dilahirkan di Jerusalem
110 0-100M Bangsa Himyar berpindah ke Abyssinnia (Ethiopia)
111 27M Nabi Isa as diangkat ke langit
112 30M Nabi Yahya as dipancung oleh Raja Herod dan nabi Zakaria digergaji kepala oleh orang-orang Yahudi kerana menyeru mereka ke Jalan Sallah SWT
113 70M Raja Titus mengepong Jerusalem hingga penduduknya kebuluran , Kali kedua orang Yahudi bertebaran dihalau dari Palestin
114 106M Rom memusnahkan Kota Petra ibu negara Nabatean Syria
Masehi/Era Rom Dan Parsi
115 100M 7 penghuni gua Berlakunya kisah
116 114-116M Rom berperang dengan Parthia
117 123M Bangsa Hadria menakluki Wilaya Eufrates
118 199M Raja Severus menakluki Mesopatamia
119 226M Parsi baru Asas penubuhan
120 268-273M Raja Palmyra menakluki Syria
121 300M Akhir Tamadun Sabak Runtuhnya Empangan Maarib di Yaman
122 330M Kota Konstantinople menjadi ibu kota Rom Timur
123 354-430SM Raja Augustine Pemerintahan Rom
124 433-453M Attila menjadi Raja kaum Huns
125 409M penghuni gua Bangkit setelah tidur selama 309 tahun
126 500M Ashabul Ukhduud Berlakunya kisah sekumpulan penganut agama Kristian dibakar hidup-hidup oleh pembesar-pembesar Yaman/Najran
127 525M Abyssinia / Ethiopia/Habshah menakluki Yaman . Mungkin akibat perbuatan mereka membakar orang-orang beriman.
128 568-572M Kerajaan Rom Zaman Kehancuran
129 570 M Tentera Abrahah Governor Yaman (di bawah pemerintahan Ethiopia) menyerang Makkah
Era Rasulullah Saw
130 20.4.570M Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Makkah
131 575M Raja Khosran I dari bangsa Sassanid menghalau Habshah dari Yaman
132 586M Nabi Muhammad SAW berkahwin dengan Sayyidatina Khadijah
133 6.8.610M Nabi Muhammad SAW Turunnya wahyu pertama di jabal Nur - Iqrak
134 610M pertapaan di gua Hirak Peristiwa Siti Khadijah membawa Nabi berjumpa dengan seorang tua lalu mengesahkan bahawa beliau akan dihalau oleh kaumnya
135 613M melihat wajah asli Jibril di gua Hirak Selama 2 1/2 tahun selepas menerima wahyu pertama Nabi terus bertahannut di Gua Hirak sehingga di satu malam baginda melihat wajah asli Jibril di gua Hirak dan pulang ketakutan lalu menyuruh Khadijah menyelimutkannya lalu turunya wahyu kedua Ya ayyuhal muddatsir - nabi mula berdakwah secara sembunyi
136 614M Parsi menakluki Damascus, Jerusalem dan Mesir - Mengalahkan Rom. Majusi mengalahkan ahlil kitab
137 616M fasa kedua dakwah secara terang dengan berdiri di Bukit safa Setelah 3 tahun berdakwah secara sembunyi turunlah ayat 94 Surah Al Hijr (15) ...Fasda' maatu' mar..... dan menyeru penduduk Makkah supaya beriman lalu dikutuk oleh Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri. Lalu turun ayat Tabbat Yadaa …
138 618M Rom mengalahkan Parsi seperti diramalkan oleh Al Quran - Surah Ar Ruum
Era Rasulullah Saw
139 620M Siti Khadijah Meninggal pada usia 65 tahun dan Abu Talib pada usia 87 tahun dalam tahun yang sama iaitu tahun ke 10 dari kenabian , baginda pergi ke Taif dan dilontar dengan batu oleh penduduk Taif dan akhirnya baginda di Israk dan Mikrajkan oleh Allah SWT
140 621M Perjanjian Aqabah I 5 orang penduduk Madinah berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu.
141 622M Perjanjian Aqabah II 12 orang ketua-ketua suku Madinah termasuk seorang wanita berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu. Peristiwa ini juga dipanggil Baiatun Nisak kerana terdapat seorang wanita dalam kumpulan itu.
142 10.9.622M Peristiwa permesyuaratan ketua-ketua kaum di Makkah dengan disertai oleh seorang iblis yang menyamar sebagai orang tua untuk membunuh nabi lalu turun ayat 30 surah al taubah/al anfaal ….wamakaru wamakarallah…
143 12.9.622M berhijrah ke Madinah Permulaan Rasmi Era Kaum Muslimin
144 622M Masjid Qubak tiba di Qubak selatan Madinah dan mendirikan Masjid yang pertama dalam Islam. Baginda bersolat Subuh
145 24.9.622M mendirikan Masjid Jumaat dan mendirikan Sembahyang Jumaat yang pertama dalam Islam bersama Abu Bakar dan Ali. Seterusnya baginda berjalan ke utara sehingga sampai ke tapak Masjid nabi sekarang.
146 623M menghadap kiblat ke Masjidil Haram Setelah 16-17 bulan nabi bersembahyang menghadap Baitul Maqdis turun wahyu membenarkan baginda menghadap kiblat ke Masjidil Haram. Ini disebabkan orang-orang yahudi sering mengejek-ngejek Rasulullah SAW kerana bersembahyang menghadap Baitul Maqdis. Peristiwa ini berlaku ketika nabi bersembahyang Zohor di Masjid Qiblatain.
147 624M Yaumul Furqaan - Peperangan Badar nabi vs musyrik Makkah. Nabi menyertai 27 kali peperangan sepanjang hayatnya. Kaum Muslimin mencapai kemenangan
148 625M Peperangan Uhud Nabi dengan musyrik Makkah . Kaum Muslimin mengalami kekalahan kerana tidak mentaati perintah Nabi agar jangan turun dari Bukit Rumah (Bukit Pemanah)
149 625M rombongan Abu Sufyan dipanggil oleh Gabnor Rom di Syam Peristiwa bertanyakan ehwal nabi. Gabenor tersebut hampir masuk Islam tetapi kemudiannya menarik balik hasratnya kerana malu kepada masyarakatnya.
150 625M Abdullah bin Ubai Peristiwa orang munafik menghasut 300 orang tentera Islam supaya jangan mengikut nabi berperang di Uhud.
151 627M Peperangan Khandaq/ Ahzab nabi dengan Gabungan Quraish dan Yahudi. Kaum musyrikin bertempiaran ditiup oleh angin ribut pasir yang diturunkan oleh Allah SWT.
152 627M Yahudi bani Quraizah Peritiwa menikam kaum muslimin dari belakang yang mengakibatkan nabi membatalkan perjanjian damai dan membunuh 700 orang lelaki dan menghalau saki bakinya dari kota Madinah.
Era Rasulullah Saw
153 628M Perjanjian Hudaibiyah Nabi melaksanakan Umrah - Perjanjian damai ini memberi kesempatan kepada Nabi untuk mengkonsolidasi kaum muslimin supaya menjadi kuat dan menumpukan kepada aspek dakwah dan tarbiyah.
154 630M Fathul Makkah kegagalan kaum musyrikin berpegang kepada perjanjian Hudaibiyah telah memungkinkan Nabi menakluki Makkah.
155 630M Peperangan Tabuk Nabi dan Yahudi - Peperangan Nabi yang terakhir
156 630M Peperangan Muktah Kaum Muslimin dan Rom - Pimpinan Khalid Al Walid
157 632M Haji Wadak Dilaksankan oleh Nabi
158 6.632M Wafatnya Rasulullah SAW pada usia 63 tahun dan dimakamkan di rumahnya di pinggir Masjid Nabi
Khalifah Al Raasyidin
159 632-634M Abu Bakar dimakamkan di rumah nabi
160 632-634M Kerja-kerja menulis Al Quran di kuli-kulit binatang dan pelepah korma dengan idea dari Umar
161 634-644M Umar mati dibunuh oleh seorang majusi di Madinah ketika hendak menjadi imam sembahyang subuh. Beliau dimakamkan di rumah Nabi
162 644-656M Osman berusia 82 Tahun. Beliau dibunuh /ditetak dari belakang ketika sedang membaca Al Quran kerana isu pentadbiran tanah di iraq. Pemilik-pemilik tanah tidak puas hati kerana Osman membahagikan tanah melalui ketua-ketua kabilah yang difikirkan layak. beliau dimakamkan di perkuburan baqi' di Madinah
163 644-656M Kerja-kerja menulis mushaf Osmani Beliau memusnahkan koleksi-koleksi ayat yang telah dikumpul sebelum ini dan menerima pakai satu mushaf sahaja
164 656-661M Ali Beliau mati dibunuh oleh Puak Khawarij di Kufah. Muawiyah, Aisyah, Talhah dan Zubir bin Al Awwam tidak puas hati kerana Ali lambat mencari pembunuh Othman. Semasa pemerintahan Ali berlaku peperangan Jamal dan Peperangan Siffin yang mengakibatkan beribu-ribu orang sahabat mati
Umayyah
165 661-750M Muawiyah bin Abu Sufyan mengasaskan Dinasti Umaiyyah. Pusat di Damshik, Syria (90 Tahun). 14 orang Khalifah. Muawiyah adalah seorang ahli politik yang bijak. Beliau adalah salah seorang sahabat nabi yang diamanahkan untuk mengumpulkan Al quran oleh Saidina Abu Bakar.Antara Khalifah-khalifah yang masyhor ialah Muawiyah sendiri, Abdul Malik bin Marwan, Umar bin Abdul Aziz, dan Hisyam bin Abdul Malik.
166 680M YAZID anak Muawiyah memancung kepala Sayyidina Hussein di Karbala, Iraq serta mempersembahkan kepalanya kepada Gabenor Madinah untuk dikuburkan di Baqi'
167 ABDUL MALIK BIN MARWAN dianggap pengasas kedua Kerajaan Umaiyah kerana kejayaannya membangu semula Kerajaan Umaiyah setelah mengalami krisi dengan puak Khawarij dan Syiah.
168 UMAR BIN ABD AZIZ Terkenal dengan Keadilan dan semangat keislamannya. Beliau banyak mencontohi khalifa Umar bin Al Khattab
Umayyah
169 HISYAM BIN ABD MALIK bijak dan pintar. Tetapi kemunculannya sudah agak lewat. Kelewatan inilah yan menjadi faktor kegagalannya dan khalifah-selepas beliau untuk membendung kebangkitaqn pemberontakan Abassiyah.
170 Ilmu pengetahuan telah berkembang dengan baik Ianya meliputi bidang bahasa, perubatan, ilmu agama seperti hadis, fikah, tafsir,dan tauhid. Ilmu bahasa dan sastera berkembang di Basrah dan Kufah. Masjid di kedua-dua kota tersebut telah menjadi pusat penyebaran ilmu. pada zaman inilah lahirnya seorang ahli filologi Arab bernasma KHALIL BIN AHMAD. Anak muridnya ialah SIBAWAIH, pakar nahu bahasa Arab. pada masa ini Al Quran dibubuh baris bagi memudahkan pembacaan. Di antar tokoh-tokoh sastera zaman ini ialah; JARIR, FARAZDAQ, UMAR BIN RABI'AH, JAMIL
171 penterjemahan karya-kaya Yunani ke bahasa Arab bermula
172 Bidang perubatan turut berkembang. Khalifah AL WALID bin ABD MALIK membina hospital pertama di Damsyik. Khalifah Umar Abd Aziz membina hospital Kusta
173 ilmu agama berkembang dengan pesat Pada masa Khalifah Umar bin Abd Azizi. Pada zaman inilah lahirnya tokoh-tokoh ulamak hadis seperti; URWAH BIN ALZUBIR, IBNU SYIHAB AL ZUHRI
174 Ilmu-ilmu fiqah turut berkembang Tokoh ilmu tafsir - Ibnu Jarih. lahirnya kelompok MURJIAH dan MUKTAZILAH. Tokoh-tokoh usuluddin yang terkenal ialah HASAN ALBASRI dan WASIL BIN ATA'
175 756M Tariq bin Ziyaad menyeberangi Selat Gibraltar dan membakar semua kapalnya supaya tidak dapat kembali ke Afrika semula.
Andalusia
176 756-1031M Kerajaan Andalus ini dikalahkan oleh Kristian di Toledo Di sebelah Eropah - Kerajaan Umayyah yang diasaskan oleh Khalifah Abd Rahman Al Dakhil di Cordova Sepanyol (275 Tahun).
177 Di Andalus Sepanyol, Kerajaan Islam Umayyah berkembang dengan lebih pesat, dan membangunkan tamaddun dalam bidang agama dan bukan agama. Cordova telah menjadi pusat ilmu pada kurun ke 10 Masehi. Terdapat sebuah Universiti dan perpustakaan besar yang menjadi tumpuan pelajar dari seluruh dunia.Bangsa Eropah belajar dari kaum muslimin bukan sahaja di Cordova tetapi di Seville , Toledo dan Granada. Di Toledo terdapat sebuah pusat terjemahan dan disinilah orang eropah mengambil ilmu Yunani menerusi karya-karya yang diterjemahkan ke Bahasa Arab.
178 melahirkan ramai tokoh-tokoh Islam dalam pelbagai bidang antaranya ialah IBNU BAJAH – Falsafah; IBNU RUSYD – Falsafah; AL FARABI – Falsafah; IBNU AFLAH – Astronomi; AZ ZARQIYALI – Astronomi; MAJRITI – Astronomi; IBNU BAYTAR – Botani; AL GHAFIQI – Botani; AL ZAHRAWI – Perubatan; IBNU ZUHRI – Perubatan; IBNU SINA – Perubatan; AL RAZI – Perubatan; IBNU HAZM - Bahasa dan sastera; IBNU ZAINDUN - Bahasa dan Sastera; IBNU FIRNAS – Muzik; IBNU ZIRYAB - Muzik
Andalusia
179 seni bina Kerajaan Umaiyyah Andalus telah menampilkan kegemilangan melalui seni bina beberapa buah masjid yang indah seperti Masjid Cordova, istana Alhambra di Granada. Ianya telah dihias dengan tulisan khat ayat-ayat suci Al Quran yang berbagi bentuk dan kesenian yang tinggi.
180 Cordova telah menjadi pusat kegiatan ekonomi antarabangsa Di sini terdapat kilang membuat alat-alat senjata dan industri memproses kulit. Kaum muslimin andalus juga maju dalam bidang pertanian seperti mengadakan saliran, memilih biji benih dan menyuburkannya.
Abbasiyyah
181 750-1258M gerakan pemberontakan oleh Abu Muslim Al Khurasani dipanggil Revolusi Abasiyyah Di sebelah Asia - dengan bantuan puak Syiah. Membentuk Kerajaan Abassiyah dan Khalifah yang pertama ialah Abul Abbas As Saffah (508 Tahun).37 orang Khalifah Kerajaan Abbasiyah menjadikan Kufah dan baghdad sebagai ibu kita. Kerajaan ini tewas di tangan Hulagu Khan- cucu Jenghis Khan.
182 Kota Baghdad tamadun Ilmu, Zaman Keemasan Abbasiyah sama seperti peranan Cordova di Andalusia. Terutamanya di zaman Khalifah Harun Al Rashid dan anaknya Al Makmun.Kegiatan ilmiayah berlaku dengan pesat terutamanya penulisan kitabn, terjemahan dan hubungan diplomatik serta perdagangan. i.e Eropah, India dan Cina.
183 wujud tokoh ulamak, ilmuan dan falsafah, matematik, perubatan, seni dan muzik Di antaranya; OMAR KHAYYAM - Astrologi dan takwim Islam. Buku-bukunya telah diterjemah ke bahsa Latin; AL KHWARIZMI - Matematik, algebra dan hisab. Bukunya AL JABR WAL MUQABBALAH telah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan diajar di Eropah. Di antara tokoh barat yang terpengaruh dengan beliau ialah FIBONACCI dan MASTER JACOB; AL RAZI - Tokoh perubatan - bukunya AL HAWI dan AL ASRAR telah diterjemahkan ke Bahasa latin. Al Asrar telah dijadikan bukurujukan di bidang kimia di barat; IBNU SINA - Tokoh perubatan - bukunya AL QANUN FIT TIB telah menjadi sangat berpengaruh di barat; AL KINDI - bidang Optik, Muzik dan falsafah. Teori beliau dalam bidang optik telah mempengaruhi seorang pakar mat di barat bernama Roger bacon; AL FARABI – Falsafah
184 Tokoh-tokoh ilmuan ini telah berjaya mengharmonikan falsafah Yunani/Greek tua drengan falsafah Islam
185 bandar ilmu Cordova dan Baghdad telah membuka mata Barat dan melahirkan kemudiannya apa yang di panggil Zaman RENAISANCE
Asia Tenggara
186 840M Kerajaan Islam PERLAK Kerajaan Islam yang I di Asia Tenggara. Rajanya yang pertama Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Syah
187 1042-1450M Kerajaan Islam Samudera Pasai Rajanya yang pertama - Meurah Giri atau Maharaja Mahmud Syah.
188 1048M Brunei muncul sebagai Kerajaan Islam selepas kejatuhan Acheh Terdapat sebuah batu Nisan menyatakan Islam telah sampai di Brumei.
189 1164M (557H) Sultan Nuruddin Mahmud Zinkiy Peristiwa orang-orang Kristian mencuba menggali terowong bawah tanah untuk mencuri jasad Rasulullah SAW di Masjid Nabi. Perbuatan ini dilakukan dengan mengupah dua orang lelaki Sepanyol untuk menggali terowong menghala ke arah makam nabi. Raja pada Ketika itu ialah Sultan Nuruddin Mahmud Zinkiy yang telah bermimpi bertemu Rasulullah SAW. baginda meminta tolong supaya diselamatkan. Sultan telah berangkat dengan segera dari Syria ke madinah bersama 1000 ekor unta selama 16 hari. Akhirnya dua orang nasrani tersebut berjaya ditangkap dan dihukum bunuh. Baginda kemudiannya menggali keliling makam Rasulullah dan menuangkan timah cair disekelilingnya
190 1166M kitab Bahru Lahut atau Alam Ketuhanan Seorang ulamak bernama Abdullah Arif telah datang ke Pasai membawa kitab Bahru Lahut atau Alam Ketuhanan I.e Kitab Tasawuf. Ini semasa raja ke 4, Raja ke 5 bernama Merah Silu atau nama Islamnya Malikul Salih. Beliau telah diislamkan oleh Syarif Makkah
Salahuddin Al Ayyubi Dan Peperangan Salib
191 1145M (541 - 569H) Raja wilayah Mesir Dalam keadaan yang kritikal itu Allah membangkitkan Raja wilayah Mesir yang bernama Imaduddin Atabek Zinkiy (541H) . Beliau berjaya mengalahkan kaum salib di banyak medan jihad dan berjaya mengambil kembali kota Ruha dari tangan Kristian. Bila beliau meninggal ia diganti oleh anak beliau Nuruddin Mahmud Zinkiy (569H). Beliau berusaha untuk membebaskan Jurusalem dari tangan Kristian tetapi belum sempat, beliau telah meninggal. Tempat beliau diganti oleh Raja Mesir yang bernama SALAHUDDIN YUSUF BIN AYYUB atau Salahuddin Al Ayyubi. Pada masa beliaulah Palestin dapat dibebaskan dari cengkaman Kristian dan islam berjaya gilang gemilang dalam peperangan salib. Nampaknya beliau telah dipersiapkan oleh Allah SWT dengan sifat-sifat untuk menerima tugas besar iaitu jihad. Beliau seorang yang tegas, bertekad kuat, ikhlas, tidak bertangguh, kuat berjuang, berani mati membela kebenaran, bersemangat tinggi melawan kekufuran, mampu memipin secara berkesan, mampu berorganisasi, soleh, tekun beragama, berjiwa besar, berperikemanusiaan yang tinggi serta berbudi pekerti luhur
Salahuddin Al Ayyubi Dan Peperangan Salib
192 1187-2.9.1192M (583-588H) Peristiwa Perang Salib Berlaku selama 5 tahun. Pada hujung abad ke 6 hijrah Kerajaan Islam telah menunjukkan tanda-tanda kelemahan dan berpecah-pecah. Kaum Kristian di barat mula merasa ini peluang yang baik untuk merampas kembali Baitul Maqdis dari kaum muslimin. Seluruh Eropah menyerbu kaum muslimin apabila Paus mengeluarkan seruan untuk melancarkan perang salib secara besar-besaran. Semua raja-raja eropah telah turun padang. Di antarnya Kaisar Frederick, Raja-raja Inggeris, Perancis, Sicily, Leopold raja Austria, Duck von Burgand, Count von Flander. Namun perang salib ini telah menghumbankan raja-raja ini ke kancah kekalahan di tangan kaum muslimin. Frederick telah mati dalam pertempuran. Pahlawan-pahlawan merekanramai yang mati dan dikuburkan di Elia. Sebenarnya peperangan salib ini membahayakan kedudukan Kota Makah dan Madinah
193 Di bawah pemerintahan Salahuddin, Islam dapat disatukan semula dari lembah Nil hingga ke Lembah Furat. Di bawah pasukan Salahuddin berhimpun kaum muslimin dari pelbagai kaum iaitu suatu yang belum pernah terjadi sebelum ini. Dengan teknologi peperangan yang ada pada ketika itu Salahudin mula menyeru jihad pada tahun 1187M.berjaya menghalau kaum salib dan merampas kembali Jerusalaem dan Palestin di Medan Pertempuran HATHIN pada tahunpada bulan Julai 1187/ 583H. Dengan kekalahan ini Eropah mengerah bala tentera yang amat besar di bawah pimpinan Raja Inngeris yang terkenal dengan panggilan RICHARD THE LION HEART dan menyerang Palestin namun dikalahkan oleh Salahudin dan kaum salib menandatangani perjanjian damai pada tahun 588H bersamaan 2.9.1192 di RAMALLAH. Richard kembali ke England dengan malu. Setahun kemudian Salahuddin meninggal (1193). Sebelum kemenangan di Hithin kaum muslimin tidak mempunyai sejengkal tanahpun dibarat Sg Jordan
194 Dalam peperangan salib ini ketokohan Salahuddin menyebabkan kaum muslimin tidak membantah diajak berjihad, walaupun sebelum ini mereka telah terlalu letih kerana berperang terlalu lama. Orang-orang Arab, Turkemen dan Mesir berduyun-duyun menyerahkan diri apabila diajak berjihad oleh Salahuddin. Salahuddin ternyata dapat menyatukan umat dengan aneh sekali, sehingga tidak ada satu daerah pun yang memberontak dalam pemerintahannya. Setelah kekalahan pada tahun 1192 itu raja-raja Kristian di Konstantinopel, Armenia dll tidak berani mencabar kaum muslimin dan masing-masing menghormati salahuddin. Di bawah pemerintahannya semua anak-anak, dan rakyatnya terdidik dengan perjuangan . Salahuddin mempunyai Dewan Penasihat Khusus dalam urusan peperangan
Salahuddin Al Ayyubi Dan Peperangan Salib
195 1253M Sultan Abdul Hamid mengecat kubah makam Rasulullah SAW dengan warna hijau dan kekal sehingga sekarang
196 1258M Hulagu Khan Menghancurkan Baghdad dan menamatkan Empayar Abasiyah yang memerintah selama 508 tahun.Umat Islam diperintah oleh kaum yang tidak beragama dan bodoh buat beberapa waktu
197 1261-1517M Kerajaan MAMLUK Dari cabang keluarga Abasiyah wujud Kerajaan MAMLUK yang memerintah Mesir selama 256 tahun. Pada mulanya ia hanya seorang gabenor Abassiyah tetapi telah bertukar menjadi Raja. Pernah menyerang Baghdad tetapai gagal. Sultannya yang terakhir ialah Mutawakkil III yang dikalahkan oleh Turki Uthmaniyyah dan dibawa ke Istanbul
Uthmaniyyah
198 1281-1924M Uthman bin Ertoghrul Kerajaan Turki Uthmaniyah (643 Tahun). Merupakan empayar Islam yang terbesar.. Diasaskan oleh Uthman bin Ertoghrul. 37 orang khalifah
199 1453M (853H) Raja Muhammad II bin Murad (Muhammad Al Faateh) menakluki Konstantinopel, Ibu negara Rom Timur atau Byzantium. Usaha menjatuhkan konstantinopel tidak berjaya dilakukan selam 800 tahun sehingga munculnya raja ini yang baru berusia 24 tahun. Kejayaan turki menakluki konstantinopel terletak kepada ketinggian dan ketekunan mereka menguasai industri perang, kepemimpinan dan organisasi ketenteraan serta keunggulan bidang persenjataan. Sultan muhammad ini mengikut Drupper adalah seorang yang mahir dalam bidang Matematik dan berjaya mnerapkannya dalam peperangan. Beliau mengumpulkan segala jenis teknologi senjata yang ada pada ketika itu
200 Dalam tindakannya menakluki itu Muhammad II sama sekali tidak memikirkan kemungkinandiadakann perjanjian damai atau gencatan senjata. Tindakannya itu berjaya bukan sahaja disebabkan lemahnya negara Byzantium ketika itu tetapi juga disebabkan perancangan beliau yang teliti dan kena pada masanya.Pada ketika itu teknologi membuat meriam baru saja ditemui. beliau telah mengarahkan dibuat meriam raksaksa dengan mengupah seorang jurutera bangsa Hungary dan berjaya membuat meriam yang boleh menembak peluru seberat 300 kg dan jarak tembakan satu batu. Untuk mengangkat dan memindah-minsahkan meriam itu memerlukan kekuata 700 orang. untuk memasangnya pula memerlukan masa selama dua jam. ketika melancarkan serangan seramai 300,00 orang askar telah dikerahkan dan tentera lautnya dilengkapi 120 buah kapal perang. Beliau sendiri melepaska 70 buah kapal ke laut dari jurusan Qasim Pasha dengan meluncurkan kapal-kapal tersebut di atas papan luncur yang dilumuri lelemak
Asia Tenggara
201 1469-1527M MACHIAVELLI Seorang tokoh politik dari Florence, Itali mengemukakan prinsip pengurusan MATLAMAT MENGHALALKAN CARA yang sangat bertentangan dengan Islam.beliau mencangakan pahaman pemisahan anatar POLITIK dengan AGAMA. Agama mengikutnya adalah urusan individu dan tidak boleh dicampu adukkan dengan urusan kenegaraan. baginya negara adalah urusan yang terpenting dan mengatsi segala-galanya. Adanya orang-orang yang saleh dan beragama tidak ada gunanya kepada negara. Menurut beliau para pemimpin negara harus bersikap seperti kancil, tidak usah merasa malu memungkiri janji, berdusta, berkhianat, mengabui, menipu dan bersikap munafik asalkan sahaja semuanya untuk kepentingan negara.D230
202 1450M Teknologi percetakan ditemui di Eropah (German) dan merupakn titik tolak kepesatan ilmu di Eropah
203 1300M Batu bersurat di Terengganu Muncul teori yang menyatakan Islam datang dari sebelah timur Semenanjung, mungkin China.
204 Kerajaan Islam Sulu dan Mindanao Muncul di Filipina. Seorang Shaikh dari Yaman telah berkahwin dengan puteri Raja Sulu. Setelah itu tiba pula Makhdum Karim atau Tuan Syarif Awliya pada pertengahan kurun ke 14M. Pada pertengah kurun ke 15M terdirilah Kerajaan Islam Sulu. Sultannya yang pertama ialah Sultan Shariff Al Hashim. Beliau adalah keturunan Saidina Ali menerusi cucunya Ali Zainal Abidin yang ating dari Makkah melalui Johor
205 1409-1511M Melaka Menjadi Kerajaan Islam yang paling berpengaruh di asia Tenggara. Melaka ditakluki Portugis Kristian pada 1511M
206 Laksamana Muhammad Cheng Ho dari Cina melawat Melaka
India/Moghul
207 1546M (933H) Di India muncul sezaman dengan Kerajaan Uthmaniah, dua kerajaan yang kuat iaitu;
208 Kerajaan Moghul Islam - Aurang Zeb diasaskan oleh Baber At Timury (Timur Ling/ Tamerlane). Beliau berkuasa sezaman dngen Sultan Salem I di Othmaniyah. Di antara keturunan rajanya yang terkenal ialah Aurang Zeb yang merupakan raja terakhir dari keturunan Timur Ling. Beliau juga paling kuat , paling banyak membuat penaklukan, paling kuat rasa keagamaannya dan paling memahami Al Quran dan Hadis nabi SAW. Beliau hidup mencapai umur 90 tahun dan memerintah selama 50 tahun. Meninggal pada tahun 1118H. Raja-raja Moghul tidak mempunyai hubungan dengan eropah dan tidak mempunyai cita-cita untuk bangkit labih jauh.Mereka memandang rendah kepada orang-orang eropah yang datng sebagai duta dan sebagainya.
209 Kerajaan Shafawi di Afghanistan Kerajaan ini terlalu sibuk dengan isu-isu Syiah sehingga melemahkan mereka. Kedua-dua keraaan ini masing-masing menyempitkan diri dalam daerah masing-masing dan tidak mengambil pusing hal ehwal dinegara-negara Islam dan bukan Islam. Mereka sama sekali tidak membentuk blok Islam. Mereka juga tidak pernah memikirkan untuk mengembangkan teknologi ketenteraan apatah lagi mengembangkannya
Asia Tenggara
210 1606-1636M Kerajaan Acheh Hamzah Fansuri dan Nuruddin Arranir merupakan alim ulamak terkenal. Raja Iskandar Muda Mahkota Alam menjadi raja Kerajaan Acheh. Kejatuhan Melaka di tangan portugis telah meningkatkan Kerajaan Acheh. Acheh pernah menguasai Pahang, Kedah dan perak. Kegemilangan Acheh ialah dalam bidang Ilmu. Raja pada ketika itu ialah Iskandar Thani i.e pada Kurun ke 17 M
211 1600M - 1900M Perkembangan Islam Sulu-Mindanao dibawa oleh Syarif Muhammad bin Ali Zainal Abidin yang lebih dikenali dengan gelaran Kabungsuan. Beliaulah yang mendirikan Kerajaan islam Mindanao. Pada kurun ke 16.. Sultan Kudrat adalah sultan yang pertama bergelar Sultan di Mindanao. Kerajaan islam Mindanao telah berjaya menyatupadukan penduduk Islam di Mindanao untuk menentang Spanyol Spanyol. Sultannya yang terakhir bernama Sultan Mangingin dipaksa oleh Spanyol berpindah ke Sibugay
Asia Tenggara
212 1600M Kerajaan Islam Pattani muncul pada Kurun ke 14 iaitu sewaktu dengan kedatangan Islam di Melaka. menurut sumber tempatan, orang pertama memeluk Islam di Pattani ialah Chaw Sri bangsa, anak raja Siam. Beliau kemudiannya bergelar Sultan Ahmad Syah.. Walaubagaimanapun hikayat yang termasyhor, orang pertama masuk Islam ialah Phaya Tu Nakpa. yang mengislamkannya ialah Syeikh Said Al Bursosi dari Pasai, beliau berasal dari Yaman . Menurut ceritanya, Raja Siam yang masih Budha itu mengalami sakit gatal kurap yang tidak kunjung sembuh. Seorang memberitahu agar merujuk sakitnya kepada seorang pendatang iaitu Sheikh Said. Sheikh said berjaya mengubatinya dengan berkat jampi serapah dan doa. Dan sakit kurap beliau pun sembuh. Sang raja bertanya apa hadiah yang dipinta oleh Sheikh, jawabnya minta baginda memeluk Islam. Baginda pun memeluk Islam. Beliau kemudiannya memerintah dengan nama Sultan Ismail Shah atau Sultan Muhammad Shah. Keturunannya yang terakhir ialah Raja Abd Kadir Shah. beliau dibuang negeri ke Kelantan bersama istananya sekali, dan meninggal di Kelantan.
213 Beliau adalah datuk kepada Tengku Ahmad Rithauddeen, UMNO Kelantan dan Baginda Tungku Budriah Raja Perempuan perlis yang ada sekarang
214 1600M Kerajaan Islam Demak Muncul di Pulau Jawa dengan pimpinan Wali Songo, Pajang dan Mataram. Di Borneo muncul Kerajaan Islam Banjar dan di Indo China muncul Kerajaan Islam Champa. Kerajaan-kerajaan Islam ini mempunyai hubungan dengan Kerajaan islamTurki Uthmaniyah dan Kerajaan Moghul di India. Semua perkembangan Islam di Timur Tengan memberi kesan kepada Kerajaan islam di Asia Tenggara
215 1400-1960M Orang Melayu Asia Tenggara Islam telah mengubah sistem hidup orang Melayu Asia Tenggara dari kehinduan kepada kemuliaan islam. Di antara yang terpenting ialah sistem pemerintahan beraja yang menetapkan raja sebagai wakil Allah di Bumi yang menegakkan keadilan. Hukum-hukum Islam dilaksanakan seperti jenayah curi, zina, nikah kawin, jual beli dan pembahagian harta pusaka. Melaka telah menjadi pusat penyebaran Islam semasa sultan Muzaffar Shah dan Acheh bergelar serambi Makkah. Islam telah melahirkan semangat menentang penjajahan kafir dalam erti jihad. dari sinilah timbulnya semangat Kebangsaan Melayu menentang penjajah Inggeris, Portugis dan Belanda. Di antara tokoh-tokoh agama yang menyumbang kepada semangat kemerdekaan asia tenggara dari penjajah ialah Syed Sheikh Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Haji Abas bin Mohd Tahadi Tanah Melayu, Hj Abdullah Ahmad dan Hj Abdul malik karim Amrullah (HAMKA), Hj Omar Said Cokroaminaoto dan hj Agus Salim di Indonesia
Asia Tenggara
216 1400-1960M Islam telah mendemokrasikan pendidikan umat Melayu Pendidikan menjadi hak rakyat dan bukan hak golongan bangsawan sahaja. Istana menjadi Institusi pendidikan yang penting. Di Istana Melaka ada banyak kitab bercorak agama dan sastera seperti Kitab Durrul manzum, Hikayat muhammad Alhanafiyah dan Hikayat Amir Hamzah Kebanyakan kitab ini telah musnah akibat banjir, kebakaran dan peperangan
217 1400-1960M Sistem pendidikan di Acheh lebih berkembang maju dengan pemeringkatan kepada rendah, menegah dan tinggi. Ramai raja mencapai tahap ulamak seperti sultan iskandar Shah, Muhamad Shah dan Mansur Shah di Melaka dan Sultan Alaudin Malik Muhamad Amin ShahJohan berdaulat dari Perlak. Tokoh-tokoh ulamak yang menerima pendidikan sistem Acheh ialah hamzah Fansuri dan Abdul rauf Singkel.
218 1400-1960M Sistem pendidikan islam di Tanah Melayu dan Pattani terkenal dengan kaedah pondok. Pendidikan telah mengubah tamadun tulisan khat dengan hebat walaupun sebelum itu telah ada sistem tulisan hindu Palava dan Dewanagari. Kreativiti ulamak telah berjaya mengubah tulisan arab sehingga menjadi tulisan dan perhubungan melayu atau jawi. gaya bahasa juga disesuaikan dengan Bahasa Arab.
219 1400-1960M Penghasilan kitab oleh tokoh-tokoh ulamak dan cendekiawan Melayu seperti hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel, Nuruddin Alraniri, Muhammad Arsyad Al Banjari, Raja Ali haji dan Sheik Daud Alfatani.
220 1700M Raja Brunei menyerahkan Sarawak kepada Raja Brook. Peristiwa yang sangat memalukan umat Islam
Lain-Lain
221 1774M Kerajaan Uthmaniyah dikalahkan oleh tentera barat dengan teruk akibat kemerosotan teknologi peperangan oleh Kerajaan Uthmaniyah. Sultannya mulai sedar akan kesilapan mereka.
222 1800M Sultan Salim III mulai membuat perubahan dengan menggalakkan teknologi tetapi rakyat sudah beku pemikirannya dan tidak dapat menyahut seruan ke arah ilmu dan tekonologi. Akhirnya kelompok lama yang tidak suka kemajuan berjaya memberontak dan membunuh beliau
223 1807-1839M Sultan Mahmud II Pengganti Sultan Salim III
224 1839-1851M Sultan Abd Majid I Pengganti Sultan Mahmud II
225 1851M Sultan Sulaiman III memerintah Turki dan mencapai beberapa kejayaan namun masih belum erjaya menandingi teknologi barat
226 1819M Kerajaan Johor menjual Singapura kepada Raffles. Kerugian besar kepada umat Islam
227 1818-1883M Karl Marx seorang ahli falsafah German bangsa Yahudi mengahasilkan buku Das Kapital dan The Comunist Manifesto bersama rakannya Friedrich Engels. Marx menganggap segala-gala yang mempengaruhi manusia adalah ekonomi dan pertentangan kelas atau kasta masyarakat.Segala-gala peristiwa yang berlaku adalah akibat ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Beliau menafikan peranan nilai estetika, rohani dan keagamaan. Beliau mengasaskan fahaman komunis yang sangat anti agama
Lain-Lain
228 1859M Charles Darwin mengemukakan teori Evolusi melalui bukunya The Origin of Species yang menyatakan Manusia berasal dari monyet. Bermula dari situ Barat menanggapi manusia sama seperti haiwan
229 1914-1918M Perang Dunia I mengakibatkan 21 juta orang terbunuh. Kos peperangan ialah 37 billion pound sterling.
ERA SEKULARISMA DAN PASCA DAULAH ISLAMIYAH
230 1924M Kehancuran Khilafah Islam yang terakhir iaitu Kerajaan Uthmaniyah di Turki akibat kejahatan raja-rajanya dan tidak berkembangnya ilmu pengetahuan dan ditambah dengan perancangan halus Yahudi dan barat untuk melemahkan Islam
231 Mustafa Kamal Attatur muncul sebagai perosak nilai Islam dan bapak sekularisma di Turki
232 1926M Omar Mukhtar seorang mujahid menentang penjajahan Itali di Libya dihukum gantung sampai mati oleh Itali
233 1930M Gerakan Ikhwanul Muslimin muncul di Mesir. Pemimpin-pemimpinnya dibunuh seperti Hasan Al Banna, Syed Qutb dll. Namun gerakan tetap kekal hingga ke hari ini
234 1930an Syed Qutb dibicarakan oleh mahkamah Mesir dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh hakim atas arahan Presiden Jamal Abd Naser. Naser menggantung Syed Qutb sekembalinya dari lawatan ke MOSCOW
235 1939-1942M Perang Dunia Ke II mengorbankan 35, 513,877 nyawa. Kos ialah 1 juta poun sterling sejam
236 1947M Negara haram Israel ditubuhkan
237 1947M Parti Islam Se Malaysia (PAS) ditubuhkan sebagai parti serpihan yang tidak puas hati dengan UMNO dari segi perjuangan Islam
238 1957M Malaysia merdeka mengamalkam dasar sekularisma. Islam terpinggir dari mainstream kehidupan umat
239 Pembunuhan kaum muslimin dari jamaah Ikhwan Muslimin Peristiwa di Hamas Syria oleh Regim Baath Syria pimpinan Hafez Al Asad
240 1972M Israel memusnahkan logi nuklear Iraq kerana dikhuatiri menghasilkan senjata nuklear
241 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ditubuhkan di Malaysia sebagai salah satu usaha untuk mendaulatkan Islam seutuhnya di Malaysia
242 1975M Revolusi Islam Iran di bawah pimpinan Ayatullah Ruhullah Khomeini
243 Iraq menyerang Iran dengan sokongan Amerika tetapi dipatahkan oleh jihad rakyat Iran
244 Amerika menyerang Iraq kerana menyerang Kuwait
245 Pembunuhan Presiden Mesir Anwar Sadat oleh anggota tentera ahli ikhwan Muslimin
ERA SEKULARISMA DAN PASCA DAULAH ISLAMIYAH
246 SAID HAWWA Seorang pimpinan Ikhwan Muslimin di Syria mati dalam penjara Syria setelah dihukum penjara oleh presiden Hafiz Al ASSAD
247 1980M undang-undang Syariah Dilaksanakan dengan jayanya oleh Kejayaan Sudan
248 1981M Afghanistan Diserang Russia
249 Pemusnahan Masjid Babri di India oleh kaum Hindu India yang mendakwa tapak masjid itu adalah tapak kuil yang telah dimusnahkan oleh raja Islam satu ketika dulu.
250 pembunuhan rakyat Palestin oleh Regim Israel di perkhemahan Shabra dan Shatila
251 Pak Natsir Meninggalnya tokoh gerakan Islam Indonesia
252 1990M Russia dikalahkan oleh Mujaahidin Afghanistan
253 Presiden Najmuddin Erbakan disingkirkan oleh Junta Tentera Turki kerana disedari ingin membawa turki kea rah keagamaan
254 MNLF berdamai dengan Filipina. Nur Miswari dilantik sebagai Gabenor dan Jihad di Filipina diambil aleh oleh MILF
255 1995M Afghanistan diperintah oleh Taleban dan menyingkirkan kumpulan Mujaahidin yang tidak bersatu dan terlalu banyak bertelagah
256 1996M Gerakan Sufi Darul Arqam dipatahkan oleh golongan sekular
257 1997M Kaum muslimin di Bosnia Herzegovina disembelih beramai-ramai oleh kaum Serbia akibat generasi muda yang sudah hilang identity Islamnya
258 1998M Sukan Olimpik di Barcelona, Sepanyol Dianjurkan sebagai dunia merayakan 1000 tahun kejatuhan Kerajaan Andalusia. Dalam upacara pembukaan sukan tersebut ditunjukkan bagaimana mereka menghalau tentera Islam dari Andalus
259 1998M Anwar Ibrahim pemimpin Islam masa depan difitnah oleh musuh politik dan dipenjarakan.
260 1999M Parti PDIP pimpinan Megawati Sukarnoputri, sebuah parti yang didokong oleh golongan non-muslim di Indonesia inorit meraih undi terbanyak berbanding parti-parti Islam yang terlalu banyak dan berpecah belah mengakibatkan kaum muslimin terpaksa berkongsi kuasa dengan minoriti non-muslim
261 1999M Abul Hasan Ali An Nadawi Meninggalnya ulamak besar
262 1999M MILF berunding untuk berdamai dengan Filipina.
263 1999M Gerakan Acheh Merdeka (GAM) diaktifkan kembali
264 1999M jihad Chechnya Apabila diserang oleh Russia
265 2000M Osamah bin Laden cuba berjihad menentang kuasa-kuasa kuffar dengan kekayaan yang dimilikinya seorang diri
266 2000M Timur Timor mendapat kemerdekaan dari Indonesia hasil tekanan barat terhadap ekonomi Indonesia
267 2000M umat Islam di Maluku Indonesia beribu-ribu disembelih oleh penduduk Kristian dengan bantuan negara-negara Kristian
268 2001M Penemuan bhtera Nabi Nuh as Bukti saintifik di Turki.

0 comments:

Post a Comment



Tersusun indah falsafah kata,

Menusuk kalbu menguatkan jiwa,
Tiada kata seindah bahasa,
Itulah warisan yang maha kuasa